Friday 10 June 2016

AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR PEK JIMAT


AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR PEK JIMAT


ALHAMDULILLAH ..
setelah hampir 6 bulan dipasaran, kini auoliya emulsion dalam 
pek ekslusive yang lebih besar dan lebih jimat!!

Rugi siapa tak try Auoliya ni sebab aouliya ni banyak manfaat dan kegunaan.
Sesuai utk lelaki dan perempuan serta pelbagai lapisan umur.
harga yang sangat berpatutan..

hanya rm 49 untuk 20ml
DAN..
lebih jimat jika anda beli 
pek besar..

hanya rm 59 untuk 30ml!!
MURAH SANGAT!!!

CEPATTTT.. !!!

GRAB SEBELUM TERLAMBAT!

JANGAN MENANGIS PAGI RAYA NANTI 
KALAU KULIT ANDA TAK CANTIK MACAM 
PENGGUNA AUOLIYA YANG LAIN..

HUBUNGI : 0175525561
-UMMIRA-

AUOLIYA MAMPU BUAT APE JE??
MEHHH TENGOK TESTIMONI KAT BAWAH NI :







CEPATTTT.. !!!

GRAB SEBELUM TERLAMBAT!

JANGAN MENANGIS PAGI RAYA NANTI 
KALAU KULIT ANDA TAK CANTIK MACAM 
PENGGUNA AUOLIYA YANG LAIN..

HUBUNGI : 0175525561
-UMMIRA-




Thursday 9 June 2016

PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA)


PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA)

KEFAHAMAN TENTANG EIA
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah suatu kajian untuk mengenalpasti, meramal dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan yang menuntut keperluan adanya hubungan komunikasi di antara pihak-pihak terlibat iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi melicinkan keadaan. Selain itu, menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), EIA juga merupakan satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan serta menyenaraikan langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembangunan berkenaan diluluskan dan beroperasi.

PRINSIP EIA

Perspektif Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah menetapkan beberapa prinsip asas dengan tujuan untuk melindungi alam sekitar melalui cara pencegahan. Menurut Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, dalam rujukan 499: Ordinan Impak Alam Persekitaran, No. 1/2002. prinsip-prinsip asas PIAS adalah seperti berikut:-
Prinsip satu ialah perancangan proaktif dan menetapkan keputusan. Proses EIA adalah alat perancangan proaktif untuk mengelak masalah yang timbul dan kesan persekitaran yang menyebabkan kerugian pada awalnya atau pengalaman yang pernah dialami dalam pembangunan yang dirancang.
Prinsip dua ialah penghindaran dan pencegahan persekitaran buruk yang timbul. Menurut Scott Wilson Ltd. (1996), proses EIA bertujuan untuk mengelak dan mencegah kesan persekitaran yang buruk melalui projek yang dicadangkan dan yang dirancang.
Prinsip tiga ialah memberi kesan positif terhadap keputusan yang dibuat seawal yang mungkin dan berfikiran proaktif tentang pilihan dan alternatif yang terbaik. Menurut Sadler B (1996), ini sangat penting untuk memudahkan setiap usaha bagi meningkatkan prestasi persekitaran yang ingin dicapai pada tahap awal projek perancangan kemudian pada tahap seterusnya iaitu projek pembangunan untuk hasil yang memuaskan.
 Prinsip empat ialah proses projek kitaran sepanjang hidup. Proses EIA haruslah melibatkan suatu tindakan yang dinamik untuk mengenalpasti dan meramal kemungkinan kesan persekitaran yang akan buruk daripada pembangunan yang telah dirancang bagi mengembangkan langkah-langkah untuk mengelak, mencegah dan mengurangkan masalah persekitaran.
Prinsip lima ialah membuat cadangan penguatkuasaan EIA. Cadangan EIA haruslah rasional, praktikal dan berkesan, dengan memberi maklumat tentang 5W ( seperti : apakah tindakan yang akan dilaksanakan, oleh siapa, bila, di mana dan mengapa) dan dengan definisi yang jelas mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah yang dicadangkan. Tindakan yang dicadangkan haruslah mudah bagi mengelakkan masalah persekitaran yang merugikan daripada berlaku.Prinsip enam ialah fleksibel yang telus, dengan penyertaan awam serta kemampuan untuk mengadaptasi perubahan. Proses EIA haruslah telus dan mengutamakan penyertaan awam.

KEPENTINGAN EIA

1      Memberi suatu rumusan yang tepat terhadap tindakan di dalam perancangan pembangunan.
Menurut J. Glasson et.al (1995), perkembangan EIA dengan pesat di serata dunia dalam aspek pengurusan alam sekitar menyebabkan pemaju merasakan EIA menjadi penghalang dalam menjayakan sesuatu projek pembangunan kerana terpaksa menunggu kesemua proses EIA selesai tanpa menyedari sebenarnya EIA membantu mereka mencari keputusan tepat terhadap tindakan dalam perancangan daripada berlakunya impak negatif alam sekitar. Menurut Muhammad Rizal R dan Kadir A (2002), pemaju,penduduk setempat dan pihak berkuasa dapat berbincang bagi mendapat rumusan yang tepat tanpa memberi kesan keburukan kepada alam sekitar, misalnya dalam projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang yang telah disebarkan secara meluas di akhbar tempatan dan dipamerkan di tempat strategik selama sebulan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan daripada orang ramai serta 30 taklimat diadakan di antara orang asli dan pihak pengendali projek disamping pemberian pampasan satu banglo, enam ekar tanah dengan milik individu dan enam ekar tanah untuk buah-buahan di Sungai Bilut seluas 800 ekar yang menelan belanja RM37 bilion setelah mendapat persetujuan 85.4 peratus ketua isirumah orang Asli Kampung Temoi serta elaun bulanan berjumlah RM638 selama 48 bulan dan ganti rugi RM1.5 juta untuk bangunan, tanah, sayur-sayuran dan lain-lain sebelum dirujuk kepada lapan pakar yang telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum diluluskan pada 24 Feb 2001 menurut Mohd Zawawi dalam akbar Bernama 27 Ogos 2010.

2     Kaedah dan cara untuk ke arah pembangunan yang berterusan
Menurut Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002), EIA memainkan peranan sebagai suatu kaedah dan cara bagi menggelakkan masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembangunan yang dijalankan oleh pihak pemaju Pembangunan yang berterusan perlu bagi memelihara alam sekitar daripada gangguan dan pencerobohan oleh pencemaran. Menurut Laporan Brundtland 1987 dalam Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002) mendefinisikan pembangunan yang berterusan sebagai “pembangunan yang memenuhi kepada kehendak keperluan di masa sekarang tanpa mengancam keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”.
Satu contoh kajian kes ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menggunakan EIA sebagai panduan untuk menjalankan pembangunan di kawasan tersebut. Pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menetapkan beberapa kriteria-kriteria tertentu sebelum pihak pemaju mahu membuat pembangunan di kawasan tersebut. Kawasan yang menjadi perhatian utama pihak DBKL ialah di kawasan bukit dan cerun. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (2010), garis panduan yang telah disediakan haruslah dipatuhi oleh semua pihak terutamanya agensi pelaksana, pemaju, dan pihak awam sebagai panduan dalam merancang, membangun dan menyelenggara tapak-tapak di kawasan bukit dan cerun serta kawasan sekitarnya garis panduan tersebut meliputi beberapa skop iaitu garis panduan ini diguna pakai untuk semua tapak pembangunan yang terletak di WPKL, garis panduan ini diguna pakai oleh DBKL semasa mempertimbangkan dan membuat penilaian ke atas permohonan kebenaran perancangan yang dikemukakan melalui Urus Setia Pusat Setempat (OSC) DBKL dan garis panduan ini hanya melibatkan permohonan-permohonan baru yang belum memperoleh kelulusan pembangunan.

3     Menjadi sumber maklumat informasi
Menurut Muhammad Rizal R. dan Kadir A. (2002), EIA juga memberikan tindakan-tindakan alternatif bagi mengatasi kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar Maklumat-maklumat yang didapati daripada EIA boleh digunakan oleh pihak pemaju untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar yang serius dengan mengubah kaedah pembangunan yang sedia ada kepada lebih mesra alam. Orang ramai juga dapat mengetahui situasi semasa mengenai alam sekitar yang berada di sekeliling mereka dengan maklumat yang telah disediakan. Contohnya jika berlaku tanah runtuh di kawasan pembinaan yang dikelilingi oleh rumah orang ramai, ini boleh menyebabkan kemalangan jiwa jika masyarakat di kawasan tersebut tidak tahu mengenai perkara tersebut. Oleh itu, betapa pentingnya EIA ini untuk memberi informasi. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (2010), contoh kes kajian ini ialah di WPKL yang memerlukan maklumat yang tepat dalam ketinggian bukit dan cerun yang hendak dibangunkan perkara ini perlu dipandang dengan serius kerana pihak berkuasa ingin mengelakkan bahagian-bahagian sensitif di kawasan tersebut terganggu yang akan menyebabkkan pencemaran alam sekitar.

4     Unsur-unsur analisis dan penilaian ekonomi EIA
Menurut Megat Kamil Azmi (2010), EIA when integrated into the existing planning and dicision making structure provides additional information towards a better decision making. Jadi ini jelas bahawa melalui maklumat yang didapati melalui EIA dapat membantu pemaju-pemaju menjimatkan wang dan masa. Terdapat sesetengah pihak cuba memberikan pendapat dan penilaian mereka sendiri mengenai EIA yang kadang kala memerlukan prosedur yang merumitkan. Contohnya, pihak pemaju mendapati bahawa kos bayaran Fees Perkhidmatan Laporan EIA yang dikenakan oleh pihak jurutera di Malaysia adalah tinggi berbanding dengan bayaran fees bagi penyediaan laporan EIA di negara lain. Hal ini dapat dilihat berdasarkan maklumat daripada sebuah syarikat pemaju, Cas Fees Laporan EIA di Malaysia adalah 3 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Cas Fees Laporan EIA yang sama disediakan di negara Indonesia atau di negara Thailand. Malah daripada aspek dalaman di Malaysia, kadar bayaran fees ini berbeza-beza mengikut tempat bagi projek pembangunan yang sama. Pihak pemaju juga merasa terkilan kerana kadar bayaran fees khidmat yang tinggi ini tidak menjanjikan kelulusan dari pihak jabatan-jabatan kerajaan. H. Apabila keadaan ini berlaku, pihak pemaju terpaksa mengeluarkan sejumlah kos lagi sama ada untuk melantik jurutera lain atau jurutera yang terlibat untuk menyediakan laporan EIA semula. Menurut Mohd Nadzri Jaafar (1998), dari segi penilaian ekonomi ini juga, kita dapat lihat bahawa laporan EIA ini juga agak merumitkan kerana syarat-syarat yang dikenakan sehinggakan boleh berlakunya peningkatan kos kepada pihak pemaju. Misalnya, syarat pelupusan buangan sisa tumbuhan dan binaan hendaklah dibuang di tapak pelupusan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, sedangkan tapak pelupusan tersebut terletak jauh berpuluh-puluh kilometer mengakibatkan kos pengangkutan yang tinggi perlu dikeluarkan oleh pihak pemaju. Begitulah senario yang dapat dilihat mengenai rasa tidak puas hati pihak pemaju mengenai laporan EIA yang agak merumitkan dan memerlukan prosedur yang terperinci. Menurut Arthur Getis (2009),in sprawling urban industrial societies, the cultural landscape has come to outweigh the natural physical environment in its on people’s daily lives.Sememangnya pembangunan yang dicipta hari ini memerlukan kawalan agar masalah alam sekitar tidak berlaku.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, EIA ataupun Environment Impact Assessment merupakan suatu kaedah yang berkesan yang mampu menjadi wadah atau medium bagi membuat penilaian sesuatu projek pembangunan itu sama ada sesuai dilaksanakan ataupun tidak berdasarkan penilaian kepada kesan alam sekitar. Semua pihak sama ada pemaju, Jabatan-jabatan yang terlibat dan masyarakat harus berganding bahu bagi memastikan suatu pembangunan itu bersifat lestari alam agar alam sekitar kita terpelihara dan menjamin kehidupan yang sejahtera.

Sunday 8 May 2016

HAPPY BIRTHDAY


HAPPY BIRTHDAY!!


My dear friend, you are not old this morning. 
The passing of time only makes you more beautiful and more wise,
 making me be proud of being your friend. 
Happy Birthday to you AFZAN WAHEEDA!

As usual, tahun demi tahun... aku memang tak pernah ingat birthday hang. hahaha
*opps jujur pulak*
Sorry memang selepas angka 5 aku memang susah nak ingat 
termasuklah birthday hang..



2 3 hari lepas check dekat fb birthday siapa, tengok2 dah ada birthday hang.. 
siap buat note tampal kat board, reminder kat hp.. tapi apakan daya, hp aku format so semua hilang dan kebetulan pergi Penang, so mana nak tengok note aku kat board tuh..
so sejujurnya aku tau lepas tengok kawan2 lain wish birthday hang kat whatsapp group ja. HAHAHAHA.


whatever la. yang penting kat sini aku nak cakap :

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 22.
so lepasni please jangan nak buat statement kat aku lagi yang hang baru 21 tahun 
*angkat tangan kat bahu*
Semoga dimurahkan rezeki.
Dipanjangkan umur.
Dicepatkan jumpa dengan pemilik tulang rusuk kiri.HAHA
dannnnn..
yang paling penting..
Aku doakan semoga hang KURUS. :p

DAH TU JA..
bukan boleh wish lebih2.. 
takut hang kena potong kaki ja nanti sebab sweet sangat.
 haha

kbye cipan peliharaan gue <3
love you.

xoxo,
nurul ummira mahmud.

Tuesday 3 May 2016

AUOLIYA EMULSION



AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR 




AUOLIYA Emulsion adalah sejenis jel rawatan kulit yang terdiri daripada bahan tumbuhan semulajadi iaitu herba dan aloevera dengan menggunakan beauty water sebagai bahan perantara.



Didatangkan dengan beauty mineral water menjadikan struktur AUOLIYA Emulsion menjadi sangat istimewa:-

  •  Harum
  •  Ringan dan lembap
  •  Cepat meresap ke dalam kulit wajah
  •  Tidak melekit
  •  Tidak berminyak selepas disapu
  •  Memberi rasa segar dan sejuk pada wajah si pemakai




Formula AUOLIYA Emulsion telah melalui kajian di makmal dan SANGAT TERKENAL di pasaran Korea dimana wanita-wanita korea menjadikan Emulsion sebagai bahan wajib bagi melindungi kulit mereka dari segala kerosakan akibat UV, bahan kimia dan persekitaran udara yang kotor.

Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya fungsi AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR ni kannn?


so, ini fungsi-fungsinya :


  •  Menaturalkan pH kulit.
  •  Memerangkap lembapan kulit.
  •  Menyerap lebihan minyak di muka.
  •  Berfungsi sebagai anti-aging
  •  Bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kulit sensitif
  • Menjadikan wajah lebih muda dari usia
  •  Mengecutkan jerawat
  •  Mengembalikan kecantikan asli warna kulit wanita asia.
  •  Bertindak sebagai satu lapisan supaya kotoran tidak meresap di dalam kulit.
  •  Struktur yang sangat halus dan lembut mampu menyerap dan menutup liang-liang roma kulit yang terbuka. 




Apa yang specialnya produk Auoliya ni berbanding dengan produk-produk lain?

  •  Mencerahkan kulit
  •  Merawat kulit tidak sekata
  •  Merawat kulit berminyak
  •  Merawat kulit kering
  •  Menghilangkan jerawat dan jeragat
  •  Membantu kulit berseri dan tidak kusam
  •  Merawat radang kulit akibat salah penggunaan kosmetik
  • Merawat parut hitam akibat jerawat
  •  Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
  •  Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
  •  Membersihkan liang-liang pori dan menutup pori-pori terbuka
  •  Kemerahan, kegatalan, kepedihan pada kulit dan khusus untuk kulit sensitif.
  •  Kedutan wajah / kulit kendur dan membantu menganjalkan kulit wajah.
  •  Menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat timbul
  •  Sebagai pelindung kepada mereka yang aalahan pada kotoran udara
  •  Melambatkan proses penuaan

AUOLIYA Emulsion Adalah Produk Natural Tanpa Kimia
AUOLIYA Emulsion selamat digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak seawal
 usia 6 bulan untuk merawat ruam.

HARGA SEBOTOL RM 49
WHATSAPP/ TELEGRAM 0175525561
FREE CONSULTATION

BERITA BAIK !!

JANA PENDAPATAN ANDA BERSAMA KAMI TEAM AUOLIYA DAN NIKMATI KEUNTUNGAN SEBANYAK  RM 1-5 RIBU SEBULAN!!!

WHATSAPP / TELEGRAM : 017.5525561

PENDAFTARAN EJEN DROPSHIP KINI TELAH DIBUKA!!

WHATSAPP / TELEGRAM : 017.5525561

KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP AUOLIYA EMUSION 

  • TIDAK perlu simpan stok sendiri. 
  •  Anda hanya perlu promote produk.
  •  Margin keuntungan hampir 50%. 
  •  Permintaan yang sangat tinggi. 
  •  Kami akan bantu anda dalam pemasaran.
  •  Pihak HQ sentiasa mengemaskini bahan-bahan marketing.
  •  Market masih fresh dan produk senang terjual.
  •  Produk natural dan mampu menyelesaikan masalah kulit setiap orang. 
  •  Sangat berkesan dan repeat order yang tinggi.
  •  Testimoni dan feedback baru diberikan hampir setiap hari.
  •  Tidak Perlu buka kedai fizikal.


Wednesday 27 April 2016

Lebih Dari Itu

LEBIH DARI ITU

..Assalamualaikum..

eh kenapa tajuk aku macam tu dan warna ungu?
jawapannya.. entry kali ni special untuk someone ni..
favourite color dia purple.
lepastu kenapa tajuk macam tu?
macam tak faham je??


ok.. 
korang ada tak sorang kawan yang betul2 korang rapat?
kiranya macam bestfriend forever sampai mati?
ni bukan bf/ gf korang ehh. (tu tak dikira)
aku ada. ni nak cerita pasal dia lah ni.. 

ni lah..


nahhhh.. zaman kegelapan..
muka memasing gelap.. hahahha
muka takdak nur lagi kot masa ni. hahaha
ni masa form 6.

bersahabat dengan makhluk ni dari form 3.. kenal masa form 2
tapi time tu dia dah ada geng sendiri.. so dia BERLAGAK!
hahahaha *evil laugh*
form 3 nak ditakdirkan duduk asrama sekali satu dorm dan katil sebelah2..
tapi masa tu dia kelas lain.. aku kelas lain..
maka bermulah episod bangun lambat bersama,
ke tanda bersama.. story mori bersama, tidur pun bersama ..
siap rapatkan katil lagi sebab PENAKUT. 
actuayl masa tu katil aku tepi tingkap.. 
takut la mane tahu tido2 je ade hantu sergah tepi tu. huargghh!

naik je form 4.. takdirnya sekelas lagi.. satu dorm lagi.. tapi dia katil bawah.
aku katil atas.ok la kan sekali lagi.. 
dengan kawan2 yang lain jugak.
form 4 aku pindah kejap ke Tg Malim. 
Methodist Englih School Tg Malim.
Tapi tak lama.. form 5 balik ke kedah smula. 
sebab mungkin jiwa aku dengan kedah kot hahaha
ok tu bukan point dia.

ehhh. sebelum tu..nama makhluk ni..
NUR AFZAN WAHEEDA BINTI HASBULLAH.
nama ayu dia Cik Ida, nama manja Cipan. haha
Dia suka makan
hobi dia makan 
sebab tu dia gemuk. hahaha
(gurau manja ehh.. tak marah kan?)
HAHAHAHAHA.

Dulu kitorang suka beli benda yang sama.. cuma warna je berbeza.. 
aku akan choose merah dan dia akan choose purple.
sampai skarang sama ja taste.
Afzan ni baik (first time aku puji ni.. jgn kembang kang gemuk lagi)
kitorang punya tahap friendship level maki tak masuk hati.
sejenis manusia yang aku boleh kongsi semua benda (suami tak eh)
dan tidak dilupa dia ni part time driver aku .. hahaha
semua benda dia boleh jadi..
so kalau nak cakap setakat sahabat tu.. tak la.. 
sebab..

Afzan ni lebih dari sahabat.. 
something yang aku sendiri takdapat nak describe dengan perkataan.
ok. aku harap hang terharu baca nih. hahahhaa.
tu jelah kot.. nak cerita ni 24/7 pon tak cukup.

layan jela gambar2 cipan peliharaan aku ni


raya 2015


yang tudung biru tu bff jugak. Datin Sri Basirah 


zaman kegelapan wehh. haha. time sekolah.
rumah sukan pon sama. tapi time form 6 jela.

gambar yang sekarang dah ada nur sikit la kat muka.. 
tapi gambar2 semua dalam fon.. malas nak transfer.. 
so layan jela gambar campak balik zaman purba ye...
now dah 22.. cepat je masa berlalu kan.

sebelum tuh..
nahh..

A BEST FRIEND ISN'T SOMEONE WHO'S
JUST ALWAYS THERE FOR YOU.
IT'S SOMEONE WHO UNDERSTANDS YOU 
A BIT MORE THAN YOU UNDERSTAND YOURSELF


ok la.. jumpa next entry.. 

xoxo,
love,
ummira







Sunday 24 April 2016

SAHABAT


SAHABAT







Sahabat,
maafkan aku jika membuatmu terluka,
dalam tawa dan ria,
ada hati yang kecewa,
Saat itu,
aku sudah berdosa.

Sahabat,
Setiap usikan ku hanya untuk menceriakan suasana,
tidak terlintas sedetikpun
 dalam benakku untuk membuat kamu 
berduka.

Sahabat,
Saat kita bersama,
hilang segala luka didada,
kau ukir senyum dalam suasana.

Sahabat,
Andai seseorang telah mengambil kamu,
saat itu, 
Aku berasa kaku,
mungkin aku marah,
barangkali mungkin aku kecewa.

Sahabat,
mungkin aku kecewa kerana tidak dapat
 membahagiakanmu,
mungkin juga kau sudah penat dengan keletah ku.
tapi sahabat,
ketahuilah,
apabila namanya sahabat itu 
terpahat dalam diriku,
selagi itu aku menghormatimu sebagai saudaraku.














Monday 18 April 2016

AKU MISS BUSSINESS

AKU MISS BUSSINESS

Assalamualaikum dan hi :)

Berjumpa lagi malam ni.. tajuk malam ni "AKU MISS BUSSINESS"
Dah baca tajuk apa korang rasa yang aku nak cerita malam ni?
of course la pasal business.. macam mana aku mula terjebak. CHING!

ok first terjebak dengan business ni masa tigkatan 6 rendah.. masa tu umur 18 tahun.. minat sebab duit. HAHAHAHA.. sumpah tak tipu! lagipun time tu hidup dengan emak sedara lepas emak abah meninggal. dari form 2 lagi aku tinggal dengan diorang, satu sen pun aku tak pernah mintak.. apatah lagi mintak duit belanja untuk bekal ke asrama.. cukuplah diorang dah besarkan aku, tumpangkan aku dalam keluarga, tu sudah SYUKUR ALHAMDULILLAH. So, disebabkan aku ni nak berdikari, aku pun mula la belajar berniaga.. berniaga tanpa ilmu juga takda guna kan? masa tu tak tahu search markt.. apa yang tengah hot.. aku buat keputusan melulu, beli satu produk ni dirct dari HQ dia dengan jumlah yang banyak weh.. rm 700 menggunakan duit simpanan yang ada.. macam aku cakap tadi, berniaga tanpa ilmu, kita tak kemana.. RUGIIIIII!!! sebab tak pandai promote dan juga barang tu target market dia sbenarnya untuk golongab 30an, sedangkan target sale aku pada kawan2 yang muda remaja ni.. rolling harga modal pon tak lepas.. tulah kebodohan paling melampau sekali rasanya.. hahaha

BUT.. after tu. aku mula belajar.. aku perhati.. apa yang orang suka.. sesuai tak dengan orang yang aku nak jual tu... kebetulan jumpa supplier yang bagi harga borong. aku pun bagitau nak jadi dropship.. untung jadi dropship ni.. takyah keluarkan modal, makan untung atas angin.. lepas habis form 6 kan cuti lama.. aku nak kerja.. tapi emak ayah (emak dan bapa saudara) tak benarkan. tak tahu jugak kenapa... aku da takda duit time tu.. nak mintak memang tak la.. jadi aku buat sal gila2.. pernah dengar produk EPHYRA? IBU PUTIH COLLAGEN DRINK? ni antara produk yang aku fokus jual.. dalam masa 3 minggu sahaja sale aku 6 ribu. Alhamdulillah ada la duit belanja.. duit tu jugak aku guna untuk prepare barang2 sebelum masuk UKM ni...

Biasalah rutin pelajar yang padat, kadang2 tak sempat nak promot.. jualan pon kurang.. hmm ditambah dengan internet yang sendu kadang2 ni,,..sale aku pun sendu jugaklah...samailah sekarang.. tapi tak apa.. masuk UKM ni aku menjual dengan kawan2 koleh.. kadang aku tolong.. bukan nak untung sangat. TAPI KEPUASAN yang kita dapat lepas kita bantu orang.. minat tu yang penting dalam berniaga ni. Inshaallah next month focus dengan produk sendiri.. doakan aku ya? sekarang tengah busy siapkan marketing plan.. harap semua urusanku dipermudahkan .. aminn.. jangan lupa sokong aku ok?


nanti dah siap smua aku introduce produk aku ok?
tunggu tauuuuu..

xoxo, love, Ummira





Sunday 17 April 2016

PERANTAUAN

PERANTAUAN

HI.. assalamualaikum..harini menangis tepi bucu katil sebab tengok jadual exam. 
last 30/06/2016.. lagi seminggu je weh nak raya T_T
lagi hot nye.... roomate sama course tapi satu je subjek lain... 
dia balik awal dulu 24/06/2016..
beza 4 hari wehhhhh.. gilo sedih!! jeles!! smua ada.. hahaha

bertabahla wahai ummira!
good luck untuk final nanti.. bawak2 bertaubat dan rajin2 lah study ye ummira.
jadikan sem lepas sbagai pengajaran! stdy awal.. nak2 pulak gap takde.. insaflahh ummira..

selamat menjadi anak perantauan.. sob sob

takde mood dah nak taip.. jumpa next entry k?

xoxo, love, ummira.

Saturday 16 April 2016

PENGORBANAN

PENGORBANAN

Assalamualaikum..

Hi...lately ni a bit emo la. hahaha. tak tahu kenapa ni weyy..
seminggu cuti mid sem.. aku tak balik..selalunya aku lah orang pertama yang akan balik kedah dari kawan2 aku yang lain.. paling koman pun balik rumah akak..
tapi cuti kalini lain.. seminggu aku hanya duduk kat ukm ni.. mereput!!! hahaha. dah la takde orang.. aras aku ni ade aku dengan budak jepun tu je.. tapi dia tu hantu lobi. mana lah lekat kat bilik.. memang aku sorang jela kat aras ni..

kenapa aku tak balik? ni aku listkan kenapa aku tak balik..

1) kerja aku bertimbun gila
2) program dah dekat , kerja2 sijil tak siap
3) semua krja kena siapkan sebab naik je habis cuti ni fieldwork bersusun
4) ade projek juta2
5) aku baru je balik kedah tuari settlekan ha rumah sewa
6) of course la pasal kewangan jugak.. sob sob..

tak balik bukan sebab tak rindu.. tapi mmasalah2 kat atas tu.. biasalah aku.. bukan jenis mengharap duit orang. berdikari sendiri.. satu lagi masalah kalau call je mak ayah kat kampung.. empangan kenyir aku ni mesti melimpah ;'(
memang sensitif.. tak tipu weh! sedih...

aku tak balik cuti ni sambil buat action plan untuk projek bisness jugak.. tak apalah.. pengorbanan.. harapnya pengorbanan ni akan berbalas juga nanti. nak emak ayah happy.. aku ada target dan misi.. so kene achieve secepat mungkin.. UMMIRA BOLEHH!!! *nak sedapkan hati je ni sambil lap air mata*

dahla.. nak sambung nangis tepi bucu katil. haha
actually lega sikit dapat luahkan kat sini.. btw, seminggu ni aku dah macam orang bisu. duduk memerap je dalam bilik. tak kemana langsung! serius! tak brcakap dengan orang. ok cuti mid sem kali ni paling bosan,.. eh jangn bosan sangat lah kan kalau diri sendiri yang pilih macam tu.. hahaha. klahhhh.. jumpa di next entry ok?


xoxo, love, ummira.




Friday 15 April 2016

Foundation jenis mana yang sesuai?

Foundation yang Sesuai?

Ok lately ni dah trend kan pakai foundation.. 
semua nak gebu gebas, cantik flawless glowing mowinggg macam ada nur sinar cahaya kat muka..
untuk kulit muka yang oily macam aku ni, no need dah pakai foundation yang kai kilau2 punya muka.. problemnya pakai bedak 10 inci pon..30 minit kemudian muka dah berminyak.. 
tuh baru 30 minit, kalau dah berjam- jam mau taknya minyak tu dah tahap boleh goreng ikan.. *sigh*
hanya orang jenis kulit berminyak je faham.. korang yang tak tahu tu sibuk cakap eh glowingnyaaaa muka awak.. dalam hati, Tuhan je tahu. sobs.sobs

Since dah jadi kegilaan ramai foundation ni.. of cours la aku pon tak terlepas.. macam2 jenis foundation aku ada.. vcare foundation, bdoll foundation, tati foundation(baru keluar je ni), garnier bb cream, nour ain foundation, dan lain2 yang aku sendiri dah tak ingat. hahaha. betapa banyaknya ada..

jujur, semua tak sesuai.. muka lagi berminyak.. silap2 jadi orang minyak! HAHAHA.
tapi biasalah orang cakap jangan give up kan? so search punya search.. ada jumpa satu foundation ni.. best! tak bercapuk, ringan, mesra solat (tu paling penting) , pakai masa outdoor pun sangat2 sesuai tauuu... sbab ade SPF60 untuk lindung kulit muka dari sinaran uv.. pakai je. terus gebu wehh tak tipu! tak payah apply bedak pon dah gebu gebass... serious ni paling best dan paling ngam dengan jiwa aku. harga pon tak mahal.. sesuai laaaa dengan kualiti dia yang bagus tuh.

korang nak tau tak foundation ape yang aku cakap best tuh??
tunggu next entry ok? 

xoxo. love, ummira.

Wednesday 30 March 2016

nur

NUR atau CAHAYA

Assalamualaikum..
hi.. harini rasa macam nak menulis lagi.. hehe
harini nak share pasal CAHAYA.
actually dah 3 4 harini rasa something..
Rasa tenang bila tengok orang yang pakai sempurna.means tutup aurat la..
ak jadi macam trpegun kejap bila tengok manusia2 yang pakai tudung labuh ni..
macam nampak bidadari.
aku rasa sejuk je hati. Tenang sangat bila tengok..



Subhanallah.. tenangnya rasa.
Taktahu macam mana nak cakap..
dan sebelum tido aku pun fikir pasal ni..
fikir masa lalu..fikir dosa yang pernah aku buat..
Allahu berdosanya rasa.. 
macam mana kalau aku mati esok sebelum sempat aku bertaubat?

ALLAH.. ALLAH..ALLAH.

Sungguh rasa seram sejuk bila ingat mati.
Seksa kubur nanti.
Allah. aku mohon petunjuk.
mohon kuatkan hati yang selalu rapuh ini
mohon agar aku istiqomah.
aminn.

aku cuba perlahan-lahan.
kuatkan hati. pedulikan pujian manusia.
Moga aku tabah.


STEP 1 : Buang segala jeans dan baju yang ketat dan jarang!
STEP 2 : labuhkan tudung
STEP 3 : Pakai stokin kaki! Ummira, kaki tu aurat bukan rambut sahaja!



see... 
cantikkan.. 
berpakaian sopan tapi still cantik. Masih menutup aurat.
Go Ummira! Go!
Ummira Boleh !

k lahhh.. 
nak sambung pilih baju yang sesuai dan berpatutan harga.
tak kesahla mahal sikit pun. 
SEBAB..

"AURAT WANITA LEBIH MAHAL DARI HARGA BAJU JUTAAN RINGGIT"

jumpa di lain entry ok.
salam sayang,
UMMIRA.

BYE





Tuesday 29 March 2016

SOFTBALL 2015

SUKEM (SOFTBALL) 2015

Hii...
tetiba rasa macam nak throwback balik laaa
training & game softball sukem 2015..
ni tahun ke 2 kolej Ibu Zain hantar team untuk softball.
tahun pertama hantar tam softball n masa aku tahun 1..
perempuan je hantar team. time ni sedih. sebab sendu.
Dahla first time main, takde penyokong pastu kalah..
hahaha.

TAPI.. berkat kegigihan kitorang masa tahun 2.. berlatih..
suka duka..semua tu kenangan yang terindah.
tahun 2 ni laki pon hantar team jugak. 
Alhamdulillah tahun 2 aku dapat main tak macam tahun satu kene duk tepi je sebab kaki terseliuh malam sbelum esoknye tu game.
T_T

So.. ni la potret2 kenangan kitorang.. 
cewahhh.
yang jumpe "nuur cahaya semangat"
pon hadeee.. hahaha. 
yang pasti bukan aku. haha




nahhh..
 muka baru bangun tido terus turun padang...
tahun ni no 19.. kalau no 16 kan lagi bagus.. 
sama dengan tarikh lahir.




Ni warm up.. main baling2 dulu belum game.

ni abamm rahmad asari. kegilaan gadis2. haha. 
aku tak eh!

ok ni abam najib. girlfrind dia rosmah.haha
takk.. gurau aje.. ni senior. sabah bhaaa

Selpiaqqq sedaihhhh dulu dengan Alynn



kununnnn mau bulat.. tapi ndakk jadi bulat. 
blasah jela. janji ade gambar. hehe

no komen. HAHA!

kakak gangsterrr paling senior antara kitorang.. kak echaa

ni adik-adik junior weolls,.
baiti,iffah n fatin kot namanya sorang aku. 
lupa dah weyyy nama dia

ni kerul... 

serious talk. strategy katanyaaaa.

no komen juga sebab muka aku. haaha

madi & ain

ni time training


ni izzul naim..
kalau korang perati gaya dia.. 
cer korang cari mana bola? 
hahahaha

gangster kampung pisang nak bedal orang.

haziq.. tugu besar KIZ.. kalau berani tempuh la dia. haha
kenangan
now haziq dah futher study kt Madinah.


hazikah bersediaa nak rembat bola

haziq & haziqah 
tetibe rasa mcm taip kad kawen pulak. 
hahahaha

lovebird

gangster KIZ.




ok ni last. selpiaq ni dengan Felo KIZ.. abang Eijan.




dah... 
ni je gambar yang ade. tahun depan punya sukem nanti amik lagi k.
terima kasih semua untuk semua kenangan. 
jumpa next game.
BYE

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...