Sunday 24 April 2016

SAHABAT


SAHABAT







Sahabat,
maafkan aku jika membuatmu terluka,
dalam tawa dan ria,
ada hati yang kecewa,
Saat itu,
aku sudah berdosa.

Sahabat,
Setiap usikan ku hanya untuk menceriakan suasana,
tidak terlintas sedetikpun
 dalam benakku untuk membuat kamu 
berduka.

Sahabat,
Saat kita bersama,
hilang segala luka didada,
kau ukir senyum dalam suasana.

Sahabat,
Andai seseorang telah mengambil kamu,
saat itu, 
Aku berasa kaku,
mungkin aku marah,
barangkali mungkin aku kecewa.

Sahabat,
mungkin aku kecewa kerana tidak dapat
 membahagiakanmu,
mungkin juga kau sudah penat dengan keletah ku.
tapi sahabat,
ketahuilah,
apabila namanya sahabat itu 
terpahat dalam diriku,
selagi itu aku menghormatimu sebagai saudaraku.














No comments:

Post a Comment

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...