Monday 18 April 2016

AKU MISS BUSSINESS

AKU MISS BUSSINESS

Assalamualaikum dan hi :)

Berjumpa lagi malam ni.. tajuk malam ni "AKU MISS BUSSINESS"
Dah baca tajuk apa korang rasa yang aku nak cerita malam ni?
of course la pasal business.. macam mana aku mula terjebak. CHING!

ok first terjebak dengan business ni masa tigkatan 6 rendah.. masa tu umur 18 tahun.. minat sebab duit. HAHAHAHA.. sumpah tak tipu! lagipun time tu hidup dengan emak sedara lepas emak abah meninggal. dari form 2 lagi aku tinggal dengan diorang, satu sen pun aku tak pernah mintak.. apatah lagi mintak duit belanja untuk bekal ke asrama.. cukuplah diorang dah besarkan aku, tumpangkan aku dalam keluarga, tu sudah SYUKUR ALHAMDULILLAH. So, disebabkan aku ni nak berdikari, aku pun mula la belajar berniaga.. berniaga tanpa ilmu juga takda guna kan? masa tu tak tahu search markt.. apa yang tengah hot.. aku buat keputusan melulu, beli satu produk ni dirct dari HQ dia dengan jumlah yang banyak weh.. rm 700 menggunakan duit simpanan yang ada.. macam aku cakap tadi, berniaga tanpa ilmu, kita tak kemana.. RUGIIIIII!!! sebab tak pandai promote dan juga barang tu target market dia sbenarnya untuk golongab 30an, sedangkan target sale aku pada kawan2 yang muda remaja ni.. rolling harga modal pon tak lepas.. tulah kebodohan paling melampau sekali rasanya.. hahaha

BUT.. after tu. aku mula belajar.. aku perhati.. apa yang orang suka.. sesuai tak dengan orang yang aku nak jual tu... kebetulan jumpa supplier yang bagi harga borong. aku pun bagitau nak jadi dropship.. untung jadi dropship ni.. takyah keluarkan modal, makan untung atas angin.. lepas habis form 6 kan cuti lama.. aku nak kerja.. tapi emak ayah (emak dan bapa saudara) tak benarkan. tak tahu jugak kenapa... aku da takda duit time tu.. nak mintak memang tak la.. jadi aku buat sal gila2.. pernah dengar produk EPHYRA? IBU PUTIH COLLAGEN DRINK? ni antara produk yang aku fokus jual.. dalam masa 3 minggu sahaja sale aku 6 ribu. Alhamdulillah ada la duit belanja.. duit tu jugak aku guna untuk prepare barang2 sebelum masuk UKM ni...

Biasalah rutin pelajar yang padat, kadang2 tak sempat nak promot.. jualan pon kurang.. hmm ditambah dengan internet yang sendu kadang2 ni,,..sale aku pun sendu jugaklah...samailah sekarang.. tapi tak apa.. masuk UKM ni aku menjual dengan kawan2 koleh.. kadang aku tolong.. bukan nak untung sangat. TAPI KEPUASAN yang kita dapat lepas kita bantu orang.. minat tu yang penting dalam berniaga ni. Inshaallah next month focus dengan produk sendiri.. doakan aku ya? sekarang tengah busy siapkan marketing plan.. harap semua urusanku dipermudahkan .. aminn.. jangan lupa sokong aku ok?


nanti dah siap smua aku introduce produk aku ok?
tunggu tauuuuu..

xoxo, love, Ummira





No comments:

Post a Comment

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...