Wednesday 27 April 2016

Lebih Dari Itu

LEBIH DARI ITU

..Assalamualaikum..

eh kenapa tajuk aku macam tu dan warna ungu?
jawapannya.. entry kali ni special untuk someone ni..
favourite color dia purple.
lepastu kenapa tajuk macam tu?
macam tak faham je??


ok.. 
korang ada tak sorang kawan yang betul2 korang rapat?
kiranya macam bestfriend forever sampai mati?
ni bukan bf/ gf korang ehh. (tu tak dikira)
aku ada. ni nak cerita pasal dia lah ni.. 

ni lah..


nahhhh.. zaman kegelapan..
muka memasing gelap.. hahahha
muka takdak nur lagi kot masa ni. hahaha
ni masa form 6.

bersahabat dengan makhluk ni dari form 3.. kenal masa form 2
tapi time tu dia dah ada geng sendiri.. so dia BERLAGAK!
hahahaha *evil laugh*
form 3 nak ditakdirkan duduk asrama sekali satu dorm dan katil sebelah2..
tapi masa tu dia kelas lain.. aku kelas lain..
maka bermulah episod bangun lambat bersama,
ke tanda bersama.. story mori bersama, tidur pun bersama ..
siap rapatkan katil lagi sebab PENAKUT. 
actuayl masa tu katil aku tepi tingkap.. 
takut la mane tahu tido2 je ade hantu sergah tepi tu. huargghh!

naik je form 4.. takdirnya sekelas lagi.. satu dorm lagi.. tapi dia katil bawah.
aku katil atas.ok la kan sekali lagi.. 
dengan kawan2 yang lain jugak.
form 4 aku pindah kejap ke Tg Malim. 
Methodist Englih School Tg Malim.
Tapi tak lama.. form 5 balik ke kedah smula. 
sebab mungkin jiwa aku dengan kedah kot hahaha
ok tu bukan point dia.

ehhh. sebelum tu..nama makhluk ni..
NUR AFZAN WAHEEDA BINTI HASBULLAH.
nama ayu dia Cik Ida, nama manja Cipan. haha
Dia suka makan
hobi dia makan 
sebab tu dia gemuk. hahaha
(gurau manja ehh.. tak marah kan?)
HAHAHAHAHA.

Dulu kitorang suka beli benda yang sama.. cuma warna je berbeza.. 
aku akan choose merah dan dia akan choose purple.
sampai skarang sama ja taste.
Afzan ni baik (first time aku puji ni.. jgn kembang kang gemuk lagi)
kitorang punya tahap friendship level maki tak masuk hati.
sejenis manusia yang aku boleh kongsi semua benda (suami tak eh)
dan tidak dilupa dia ni part time driver aku .. hahaha
semua benda dia boleh jadi..
so kalau nak cakap setakat sahabat tu.. tak la.. 
sebab..

Afzan ni lebih dari sahabat.. 
something yang aku sendiri takdapat nak describe dengan perkataan.
ok. aku harap hang terharu baca nih. hahahhaa.
tu jelah kot.. nak cerita ni 24/7 pon tak cukup.

layan jela gambar2 cipan peliharaan aku ni


raya 2015


yang tudung biru tu bff jugak. Datin Sri Basirah 


zaman kegelapan wehh. haha. time sekolah.
rumah sukan pon sama. tapi time form 6 jela.

gambar yang sekarang dah ada nur sikit la kat muka.. 
tapi gambar2 semua dalam fon.. malas nak transfer.. 
so layan jela gambar campak balik zaman purba ye...
now dah 22.. cepat je masa berlalu kan.

sebelum tuh..
nahh..

A BEST FRIEND ISN'T SOMEONE WHO'S
JUST ALWAYS THERE FOR YOU.
IT'S SOMEONE WHO UNDERSTANDS YOU 
A BIT MORE THAN YOU UNDERSTAND YOURSELF


ok la.. jumpa next entry.. 

xoxo,
love,
ummira







Sunday 24 April 2016

SAHABAT


SAHABAT







Sahabat,
maafkan aku jika membuatmu terluka,
dalam tawa dan ria,
ada hati yang kecewa,
Saat itu,
aku sudah berdosa.

Sahabat,
Setiap usikan ku hanya untuk menceriakan suasana,
tidak terlintas sedetikpun
 dalam benakku untuk membuat kamu 
berduka.

Sahabat,
Saat kita bersama,
hilang segala luka didada,
kau ukir senyum dalam suasana.

Sahabat,
Andai seseorang telah mengambil kamu,
saat itu, 
Aku berasa kaku,
mungkin aku marah,
barangkali mungkin aku kecewa.

Sahabat,
mungkin aku kecewa kerana tidak dapat
 membahagiakanmu,
mungkin juga kau sudah penat dengan keletah ku.
tapi sahabat,
ketahuilah,
apabila namanya sahabat itu 
terpahat dalam diriku,
selagi itu aku menghormatimu sebagai saudaraku.














Monday 18 April 2016

AKU MISS BUSSINESS

AKU MISS BUSSINESS

Assalamualaikum dan hi :)

Berjumpa lagi malam ni.. tajuk malam ni "AKU MISS BUSSINESS"
Dah baca tajuk apa korang rasa yang aku nak cerita malam ni?
of course la pasal business.. macam mana aku mula terjebak. CHING!

ok first terjebak dengan business ni masa tigkatan 6 rendah.. masa tu umur 18 tahun.. minat sebab duit. HAHAHAHA.. sumpah tak tipu! lagipun time tu hidup dengan emak sedara lepas emak abah meninggal. dari form 2 lagi aku tinggal dengan diorang, satu sen pun aku tak pernah mintak.. apatah lagi mintak duit belanja untuk bekal ke asrama.. cukuplah diorang dah besarkan aku, tumpangkan aku dalam keluarga, tu sudah SYUKUR ALHAMDULILLAH. So, disebabkan aku ni nak berdikari, aku pun mula la belajar berniaga.. berniaga tanpa ilmu juga takda guna kan? masa tu tak tahu search markt.. apa yang tengah hot.. aku buat keputusan melulu, beli satu produk ni dirct dari HQ dia dengan jumlah yang banyak weh.. rm 700 menggunakan duit simpanan yang ada.. macam aku cakap tadi, berniaga tanpa ilmu, kita tak kemana.. RUGIIIIII!!! sebab tak pandai promote dan juga barang tu target market dia sbenarnya untuk golongab 30an, sedangkan target sale aku pada kawan2 yang muda remaja ni.. rolling harga modal pon tak lepas.. tulah kebodohan paling melampau sekali rasanya.. hahaha

BUT.. after tu. aku mula belajar.. aku perhati.. apa yang orang suka.. sesuai tak dengan orang yang aku nak jual tu... kebetulan jumpa supplier yang bagi harga borong. aku pun bagitau nak jadi dropship.. untung jadi dropship ni.. takyah keluarkan modal, makan untung atas angin.. lepas habis form 6 kan cuti lama.. aku nak kerja.. tapi emak ayah (emak dan bapa saudara) tak benarkan. tak tahu jugak kenapa... aku da takda duit time tu.. nak mintak memang tak la.. jadi aku buat sal gila2.. pernah dengar produk EPHYRA? IBU PUTIH COLLAGEN DRINK? ni antara produk yang aku fokus jual.. dalam masa 3 minggu sahaja sale aku 6 ribu. Alhamdulillah ada la duit belanja.. duit tu jugak aku guna untuk prepare barang2 sebelum masuk UKM ni...

Biasalah rutin pelajar yang padat, kadang2 tak sempat nak promot.. jualan pon kurang.. hmm ditambah dengan internet yang sendu kadang2 ni,,..sale aku pun sendu jugaklah...samailah sekarang.. tapi tak apa.. masuk UKM ni aku menjual dengan kawan2 koleh.. kadang aku tolong.. bukan nak untung sangat. TAPI KEPUASAN yang kita dapat lepas kita bantu orang.. minat tu yang penting dalam berniaga ni. Inshaallah next month focus dengan produk sendiri.. doakan aku ya? sekarang tengah busy siapkan marketing plan.. harap semua urusanku dipermudahkan .. aminn.. jangan lupa sokong aku ok?


nanti dah siap smua aku introduce produk aku ok?
tunggu tauuuuu..

xoxo, love, Ummira





Sunday 17 April 2016

PERANTAUAN

PERANTAUAN

HI.. assalamualaikum..harini menangis tepi bucu katil sebab tengok jadual exam. 
last 30/06/2016.. lagi seminggu je weh nak raya T_T
lagi hot nye.... roomate sama course tapi satu je subjek lain... 
dia balik awal dulu 24/06/2016..
beza 4 hari wehhhhh.. gilo sedih!! jeles!! smua ada.. hahaha

bertabahla wahai ummira!
good luck untuk final nanti.. bawak2 bertaubat dan rajin2 lah study ye ummira.
jadikan sem lepas sbagai pengajaran! stdy awal.. nak2 pulak gap takde.. insaflahh ummira..

selamat menjadi anak perantauan.. sob sob

takde mood dah nak taip.. jumpa next entry k?

xoxo, love, ummira.

Saturday 16 April 2016

PENGORBANAN

PENGORBANAN

Assalamualaikum..

Hi...lately ni a bit emo la. hahaha. tak tahu kenapa ni weyy..
seminggu cuti mid sem.. aku tak balik..selalunya aku lah orang pertama yang akan balik kedah dari kawan2 aku yang lain.. paling koman pun balik rumah akak..
tapi cuti kalini lain.. seminggu aku hanya duduk kat ukm ni.. mereput!!! hahaha. dah la takde orang.. aras aku ni ade aku dengan budak jepun tu je.. tapi dia tu hantu lobi. mana lah lekat kat bilik.. memang aku sorang jela kat aras ni..

kenapa aku tak balik? ni aku listkan kenapa aku tak balik..

1) kerja aku bertimbun gila
2) program dah dekat , kerja2 sijil tak siap
3) semua krja kena siapkan sebab naik je habis cuti ni fieldwork bersusun
4) ade projek juta2
5) aku baru je balik kedah tuari settlekan ha rumah sewa
6) of course la pasal kewangan jugak.. sob sob..

tak balik bukan sebab tak rindu.. tapi mmasalah2 kat atas tu.. biasalah aku.. bukan jenis mengharap duit orang. berdikari sendiri.. satu lagi masalah kalau call je mak ayah kat kampung.. empangan kenyir aku ni mesti melimpah ;'(
memang sensitif.. tak tipu weh! sedih...

aku tak balik cuti ni sambil buat action plan untuk projek bisness jugak.. tak apalah.. pengorbanan.. harapnya pengorbanan ni akan berbalas juga nanti. nak emak ayah happy.. aku ada target dan misi.. so kene achieve secepat mungkin.. UMMIRA BOLEHH!!! *nak sedapkan hati je ni sambil lap air mata*

dahla.. nak sambung nangis tepi bucu katil. haha
actually lega sikit dapat luahkan kat sini.. btw, seminggu ni aku dah macam orang bisu. duduk memerap je dalam bilik. tak kemana langsung! serius! tak brcakap dengan orang. ok cuti mid sem kali ni paling bosan,.. eh jangn bosan sangat lah kan kalau diri sendiri yang pilih macam tu.. hahaha. klahhhh.. jumpa di next entry ok?


xoxo, love, ummira.




Friday 15 April 2016

Foundation jenis mana yang sesuai?

Foundation yang Sesuai?

Ok lately ni dah trend kan pakai foundation.. 
semua nak gebu gebas, cantik flawless glowing mowinggg macam ada nur sinar cahaya kat muka..
untuk kulit muka yang oily macam aku ni, no need dah pakai foundation yang kai kilau2 punya muka.. problemnya pakai bedak 10 inci pon..30 minit kemudian muka dah berminyak.. 
tuh baru 30 minit, kalau dah berjam- jam mau taknya minyak tu dah tahap boleh goreng ikan.. *sigh*
hanya orang jenis kulit berminyak je faham.. korang yang tak tahu tu sibuk cakap eh glowingnyaaaa muka awak.. dalam hati, Tuhan je tahu. sobs.sobs

Since dah jadi kegilaan ramai foundation ni.. of cours la aku pon tak terlepas.. macam2 jenis foundation aku ada.. vcare foundation, bdoll foundation, tati foundation(baru keluar je ni), garnier bb cream, nour ain foundation, dan lain2 yang aku sendiri dah tak ingat. hahaha. betapa banyaknya ada..

jujur, semua tak sesuai.. muka lagi berminyak.. silap2 jadi orang minyak! HAHAHA.
tapi biasalah orang cakap jangan give up kan? so search punya search.. ada jumpa satu foundation ni.. best! tak bercapuk, ringan, mesra solat (tu paling penting) , pakai masa outdoor pun sangat2 sesuai tauuu... sbab ade SPF60 untuk lindung kulit muka dari sinaran uv.. pakai je. terus gebu wehh tak tipu! tak payah apply bedak pon dah gebu gebass... serious ni paling best dan paling ngam dengan jiwa aku. harga pon tak mahal.. sesuai laaaa dengan kualiti dia yang bagus tuh.

korang nak tau tak foundation ape yang aku cakap best tuh??
tunggu next entry ok? 

xoxo. love, ummira.

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...