Tuesday 18 April 2017

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum and hi. Hai tetibe muncul setelah sekian lama menyepi cewahhhh. hihi. Ok malam ni berbekalkan kerajinan yang ade, Kakhumi nak kongsi dengan uolls petua nak hilangkan jeragat dekat wajah memandangkan mostly customer kakhumi ade masalah jeragat.

Apa punca jeragat?

Meh sini kakhumi terangkan. Jeragat ni biasanya menyerang remaja dan jugak orang dewasa boleh terjejas juga. Aktiviti hormon remaja yang tidak stabil semasa akil baligh boleh menyebabkan minyak dalam kulit menghasilkan secara lebihan. Jeragat atau yang dikenali juga dengan open comedo adalah sebuah tempat kecil yang berwarna putih atau hitam. Jeragat sudah tentu boleh dikeluarkan dalam banyak cara. Jeragat juga disebabkan oleh sinar UV yang bahaya tu! huarghh. kakhumi tanak ada jeragat! 

Dah tau punca- punca jeragat kan? meh kita usha pulak cara nak hilangkan jeragar degil tu dengan bahan 
semulajadi je. 


Lemon
Lemon masih dikategorikan sebagai keluarga oren tetapi rasa lemon mempunyai rasa yang lebih masam daripada oren. Walaupun ia mempunyai rasa masam, lemon mengandung asid dan vitamin C yang dapat menghapuskan jeragat degil. Petua hilangkan jeragat dengan lemon mesti terlebih dahulu menyediakan lemon segar dan kemudian dipotong menjadi 2 bahagian. Basuh muka anda dengan menggunakan air suam supaya liang muka tidak tersumbat. Oles potongan lemon ke kawasan yang ade jeragat tu. Biar selama 15 minit walaupun rasanya agak hmm. Korang raselah sendiri. hihi. Selepas itu, basuh muka dengan air sejuk.
Kulit kayu manis
Kulit kayu manis ini memang dikenali sebagai rempah untuk memasak. Walau bagaimanapun, kulit kayu manis juga berguna tau untuk redakan jeraat korang secara semulajadi. Petua hilangkan jeragat dengan menggunakan kayu manis adalah dengan tuangkan 1 sudu besar tanah kayu manis ke dalam bekas. Korang boleh mencampurkan dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis sangat memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Selepas madu dan kayu manis di masukkan, kacau kedua bahan tersebut. Selepas itu, gunakan bahan tersebut ke bahagian muka yang ade jeragat dan biarkan selama 15 minit. Akhir sekali, bilaslah menggunakan air suam dan keringkan muka menggunakan tuala yang bersih.
Teh Hijau
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian (cewah rajinlak duk mencari kann), teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit. Petua hilangkan jeragat secara semulajadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama 5 minit. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat. Jika anda mempunyai serbuk teh hijau maka boleh menjadikan ia sebagai mask/scrub. Biar je serbuk/hampas  teh hijau dekat keseluruhan muka. Biar sampai kering lepastu basuh la muka korang menggunakan air suam.
Aloe Vera
Semua orang pun tahu jika Aloe Vera mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan rambut. Bermula dari menghitamkan hingga menyuburkan rambut. Selain bermanfaat untuk kesihatan rambut, Aloe Vera juga boleh menjadi satu bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Petua hilangkan jeragat dengan Aloe Vera adalah dengan mengambil satu Aloe Vera yang segar.Diulangi, YANG SEGARRRR!  Aloe Vera dipotong menjadi kepingan dan kemudian ambil gelnya. Sebelum korang letak gel tu kat muka, korang perlu membersihkan muka supaya kotoran di muka tidak tersumbat. Jika muka sudah bersih, korang boleh menggunakan gel Aloe Vera ke bahagian jeragat di bahagian muka yang terjejas. Biarkan hingga ia kering. Selepas itu bilas dengan menggunakan air suam.
Mane nak cari aloe vera? leceh la nak tanam? eh ni senang je. Kalau korang taknak sesusah tanam aloe vera, gunala AUOLIYA EMULSION ajerr.. ehh terpromote pulak. hihi.
PROMOSI APRIL RM 59 JERR (NP RM 74)
fb : nurul ummira mahmud
ig :auoliya_bangi
HP : 0175525561
Oklah tu jelah untuk entry kalini. Harap berguna untuk korang. Jumpa next entry byebye.

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...