Monday 25 May 2015

Kebaikan Sedekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ini adalah blog kedua  setelah yang pertama tak ingat password.. hehehe
ok harini nak cerita pasal sedekah..

 Korang dah sedekah ke harini? selalu bila ditanya dekat kawan , nilah antara jawapnnya :

Senah : weh, aku takde duit lah
Jemah : duit aku cukup2 je weh.. kalau aku bagi (sedekah) aku dah takde duit.
Abu   : aku takde duit sekarang, tunggu aku kaya nanti, aku sedekah banyak2 wehh..
Tipah : Dia kan cukup sifat.. kerjalah.. aku pun nak duit aku kena kerja.

OK! JAWAPAN KAT ATAS NI SANGATLAH TAK PATUT OK! 

sedekah ni sebenarnya simple.. bagilah seikhlas hati awak awak sekalian tak kiralah walaupun hanya 1 sen.. tahu tak sebab apa? sebab... sebaik2 sedekah adalah tangan yang memberi :)
banyak tau kelebihan sedekah ni.. serius tak tipu.





 meh usha ape kelebihan sedekah :

5 kebaikan sedekah di dunia :

1-mencucikan harta
2- mencuci badannya
3- menolak bala dan penyakit
4-menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin
5-berkat hartanya dan diluaskan rezekinya

5 kebaikan sedekah di akhirat :

1-dinaungkan dia dari panas akhirat
2-ringan hisabnya
3-berat timbangan amalannya
4-mudah melalui titian siratulmustakim
5-bertambah darjatnya di syurga


see.. hebatkan amalan sedekah ni? 


ok ni cerita aku sendiri..cerita ni last year.. bulan puasa tahun 2014.
selalunya aku ni jenis simple. apa aku nak makan aku pegi bazaar, aku beli. tu je. takda nk request macam2 kat rumah sebab masing2 sebok dengan kerja masing2.. lagipun nafsu makan biasalah time puasa semua benda nak try kan.. 

ok once upon a time.. acewah.. mcm fairytale punya story pulak.. ok, bebetul.. petang tuh .. puasalah katakan.. aku ni lapar lah gulai kawah ( fav bulan puasa) orang kedah katakan.. gulai kawah daging + batang pisang.. *kecur air liur tengah2 menaip ni...* mmg ummpphh lah.. 
pegilah ke bazaar petang tu.. tujuan semata2 nak beli gulai kawah tu je rm5dengan kuih2 sikit.. dan memang aku bawak rm 10 ja.. kang bawak lebih2.. beli pon lagi lebih la kan.. 

jalan tetap jalan even tiap hari pegi bazaar tapi tawaf tetap tawaf 1 bazaar ... saja nak cuci mata tengok lauk2 orang jual..then belilah aku gulai kawah fav aku tuh.. then jalan lagi..nk cari kuih..kebetulan.. time tu lah jugak tetbe terjumpa dengan sorang pak cik ni.. kaki dia takda sebelah. dia mintak sedekah..*part paling lemah * Aku memang tak boleh tengok orang macam tu.. aku cepat sedih dan kesian. niat hati nak sedekah tapi bila ingat balik ade lg rm 5 je dalam tangan. tetibe rasa macam ada bisikan syaiton je kat telinga kiri cakap jangan bagi.. tetibe plak macam ada bisikan malaikat disebelah kanan cakap.. bagi je.. rezeki Allah tu luas. Jadi aku pon bagi la memandangkan bulan puasa memang bisikan syaitoonn tu tumpas la kan,,

Jadi aku bagi je terus rm 5.. mana tau dia lebih memerlukan..duit pon dah habis. so, aku pon padamkan hasrat aku nak beli kuih dan terus start moto balik. Belum sempat sampai kat rumah.. tetibe terjumpa sepupu aku.. dia ni tua dah dlam 40an dah kot kejenye cikgu. aku pon dengan slumber berhenti lah tepi jalan sebab dia tahan aku tepi jalan. Ingat kan apelah yang penting. Cuba teka apa jadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tetibe dia dia keluarkan rm50 dan hulur kat aku. aku agak hairan biawak jugak, dah kenapa kan tetibe bagi duit. Then aku tnya.. untuk apa eh? dia cakap.. saja nak bagi.. sebab terlintas nak bagi.. amiklah..
haaa....... see korang? rm 5 tadi tiba2 Allah gandakan dengan rm 50. alhamdulillah. tapi.. korang jangan niat pulak sedekah duit. sebab nak dapat duit balik. 

NO! NO ! NO ! SALAH SAMA SEKALI  ok?!

sedekah ni kadang Allah ganti dengan benda2 lain.. kesihatan tubuh badan.. keluarga bahagia. Inshaallah. kadang kita tak nampak, tapi sebenarnya Allah bagi pada kita. Jadi niat kena betul, kena ikhlas. Jangan riak dengan menunjuk2kan sedekah tu..

 DAN JANGAN PERNAH MENGUNGKIT!

ok.. mesti ada yang akan cakap "tuh yang kau cerita tu tak ke macam menunjuk?".. ok cik Bedah saya cerita untuk dikongsi bersama sebagai pengajaran.. sebagai teladan bersama. yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh2 ye...ok? 
dan part paling best.. *sambung balik cerita* bila sampai rumah.. pegi tengok kat dapur.. emak buat kuih yang aku teringin nak beli kat bazaar tadiiii.. Alhamdulillah kenyang berbuka puasa.

jadi  setakat ni jelah entry aku tentang Kebaikan sedekah. see uolls next time dalam entry seterusnya.

p/s ; Senyum pon salah satu sedekah tau. 

assalamuaikum.

SUSU MAAEZ

Yeayyyy.. dah lama tak menaip. okeh kalini umi nak share tentang produk SUSU MAAEZ. Sebabnya dah jatuh cinta dengan susu nih. Sehar...